<$BlogRSDURL$>
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
 'Ke Arah Menjana Masyarakat Madani'
Saturday, June 17, 2006
Nasihat untuk PUTERIKU.... 
Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua muslimatKepada PuterikuWahai puteriku..aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahunUsia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku….banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan…..sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu.

Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak.Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yang sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masyaALlah!!Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya.

Tahukah engkau apa penyebabnya?Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannyaWahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.Engkau berkata kepada pencuri : "Silakan masuk"…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak .."tolong….tolong...aku kecurian."

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala. Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalaj pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu. Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab". Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong.

Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal. Apakah sesudah itu puteriku?Renungkanlah!

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 7:23 PM
Saturday, December 03, 2005
CINTA...! 
Mama, salahkah jika saya menyintainya?"saya terkedu apabila soalan itu keluar dari mulut mongel itu lalu singgah di telingaku beberapa tahun lalu. Ya. saya sedar puteriku sudah remaja, sudah mengenali alam percintaan. Namun apa boleh kubuat kini dia telah jatuh cinta!Apakah yang bakal kubualkan kepadanya tentang cinta. saya mencongak kata-kata yang bakal kususun, agar dia tidak akan lari dari saya. saya bertekad untuk menjadi ibu yang mendengar. Jika saya gagal. saya akan kehilanggannya buat selama-lamanya…Apakah cinta itu sebenarnya? Bagaimana Islam memandang cinta?Bagaimana pula jika cinta telah menghampiri kita? Cinta atau mahabbah asalnya bermakna bening dan bersih. Boleh diertikanjuga air yang melimpah ruah selepas hujan turun dengan lebatnya. Oleh itu disimpulkan al Mahabbah sebagai luapan hati dan gejolak rindu ketika dselubungi keinginan untuk bertemu dengan kekasih.Cinta boleh membawa sengsara namun boleh juga membawa bahagia. Ianya bergantung kepada bagaimana kita mengurus cinta. Islam memandang cinta terhadap berlainan jenis dalam 3 perspektif:1. Mencintainya kerana Allah (mendekatkan diri pada Allah dan mentaatiNya). Ini termasuk cinta yang bermanfaat. Contohnya:Cinta suami isteri yang bernikah untuk menjaga dirinya dari perkara maksiat dan juga bernikah kerana mengikuti sunnah Rasulullah menyambung generasi pejuang.2. Cinta yang mendatangkan murka Allah. Lebih kita kenali sebagai cinta kerana nafsu berahi. Cinta inilah yang memalingkan diri kita dari Allah, membuat kita lupa akanNya dan mendorong untuk melanggar syariatNya. Firman Allah: "Dan diantaramanusia dan orang yang mengangkat sembahan selain Allah, mereka mencintai sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman sangat cintanya pada Allah. Dan Allah tidak akan menunjuki orang - orang fasik." (Al Baqarah: Ayat 165)3. Cinta yang mubah (harus), adalah cinta yang tidak ada unsur kesengajaan. Misalnya tanpa sengaja kita (lelaki) melihatwanita atau kita (wanita) melihat lelaki kemudian jatuh cinta danperkara ini tidak sampai kita membuat maksiat pada Allah. Kitamerahsiakannya dan menahan diri kita untuk tidak melakukanperkara-perkara yang dilarang.Jadi bagaimana kita menanggapi dan mengurus perasaan cinta yang menghampiri kita? Mana mampu kita menolak datangnya cinta, kerana cinta itu datang tanpa diundang, umpama pencuri, cinta itu laksana panah asmara yang menikam mata dan menusuk ke hati. Memang perasaan cinta tidak boleh ditahan dan dibendung. Cuma kita hendaklah berlaku jujur dan menyalurkannyamengikut kehendak syariat. Perasaan 'cinta suci remaja' memang biasa diucapkan, cuma dalam hal ini syaitam memainkan peranan dalam menggelincirkan kita kepada kemungkaran dan larangan Allah. Memang adab bercinta semuanya mendakwa cinta mereka ikhlas dan suci murni tetapi syaitan memainkan peranannya sehingga tidak kita sedari ia banyak melanggar larangan Allah. Ingatlah bahawa setiap haram itu adalah haram walau apa keadaan sekalipun, cuma kita yang kadang-kadang cuba 'menghalalkan'nya dengan kita membuat pelbagai alasan itu dan ini. Di sisi Allah ianya adalah satu dosa dan setiap dosa layaknya adalahneraka.Apakah kita lihat hadis Rasulullah ini dalam sunnah Ibni Majah: "Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah."Apa?, Nikah?,!! Tidak mungkin.......sekolah saja belum habis, bagaimana nak bernikah???Marilah kita lihat apa yang dikatakan pencipta kita, Allah azza wajalla: "Janganlah kamu menghampiri zina....." Al Isra':Ayat 32"Ah terlalu ekstrim, takkanlah jika kita bercinta boleh dianggapmendekati zina...." tapi bukankah kita sudah pernah mendengar sabda Rasulullah: "Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita... Tidak lah bersendirian diri dengan seorang wanita kecuali ketiganya Syaitan....."(hari. Tabrani) "Kedua tangan juga dapat berzina dan zinanya adalah menyentuh dan kedua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat maksiat) dan mulut juda berzina dan zinanya adalah ciuman" (hari. Muslim dan Abu Daud)Anakku, kamu adalah seorang remaja muslim yang baik tidak akanberdalih lagi untuk mengelak dari perkataan Allah dan RasulNya.Mampukah anakku tidak berdalih lagi? Umpamanya kerana kasihan, kerana ingin mengahwininya, kerana boleh menasihatinya, kerana sedang mencari-cari perlindungan dan rakan diskusi intelek, kerana sering menghadiri program mahasiswa bersama dalam satu kereta, kerana menemani kakak yang sedang bercinta...Jadi mama, apakah penyelesaiannya?Bagi anakku yang sudah terjatuh cinta, rasakan cintamu dalam hati, berusahalah melupakannya buat sementara waktu dan sibukkan diri dengan sesuatu yang bermanfaat, Tahanlah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama seperti mengelamun, berangan-angan dan membayangkan wajahnya yang tampan dan menggoda. Bersabarlah menghadapi ujian cinta ini.Jagalah batas-batas pergaulan. Peliharalah kehormatan diri. Jangan biarkan cinta yang mubah ini menjadi cinta yang salah. Berdoalah kepada Allah agar Dia pertemukan kamu jika dia paling sesuai untukmu, agamamu, dan keluargamu. Apabila tiba masanya nanti, apalah jodoh mu ada insya-allah kamu akan ditemukan dalam hubungan yang diredhai Allah.Pun begitu perhatikanlah juga perkara - perkara di bawah agar hatimu tidak mudah menjadi rawan:- Tundukkan pandanganmu dari perkara-perkara yang boleh menaikkan nafsu.- Ataupun janganlah merenung kaum berlawan jenis (surah An-Nur:30-31)- Hindari berduaan dan ikhtilat (campur gaul tanpa batasan). - Janganlah berwewenangan berinteraksi dengan yang bukan mahram.- Hindari menonton filem-filem cinta yang mengasyikkan dan filem seks yang mengghairahkan nafsu.- Hindari bacaan-bacaan/novel-novel yang menghanyutkan hati kita lantas tergoda dengan perangkap cinta palsu.- Hindari lagu-lagu cinta kerana boleh melemahkan hati dan memendekkan cita-cita. - Sibukkan dengan mengaji dan berzikir.Bergaullah dengan kawan-kawan yang baik, kerana kadang-kadang hati kita kalah kepada 'cinta' ini kerana kebodohan kita terhadap ilmu agama dan lemahnya iman kita.Apabila kita telh mempunyai "teman akrab", cukuplah kiranya kitafahami firman Allah; "Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata:'Aduhai, kiranya dulu saya mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku. Kiranya saya (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku (kekasihku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan saya dari Al-Quran ketika Al-Quran telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mahu menolong manusia." (Surah Al Furqan:Ayat 27-29). Maka janganlah kita menyesal di kemudian hari, kerana terlanjur mangambil seorang "teman akrab" yang kononnya menyintai kita.Puasalah untuk meredam perasaan nafsu dan rindu dendam. Ingatlah firman Allah, "Adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran tuhanNYA dan menahan diri dari keinginan nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempatnya." Surah An Naziat :Ayat 40-41).Bernikah lah sahaja jika sudah benar-benar mampu dari segi fizikal, kewangan, emosi dan intelekmu. Aduhai mama, Susahnya!Boleh jika kamu mahu, jangan bersedih. Syurga itu kan lebih indah. Dalam hadith, Rasulullah juga bersabda bahawa jika kita meninggalkan sesuatu yang disukai manusia, tapi dibenci oleh Allah maka Allah akan mencukupkan diri kita dari sesuatu yang kita perlukan.Alangkah baiknya Allah, sanggupkah kita mengkhianatiNya? Bukankah Dia yang telah mencipta dan memelihara kita selama ini. Tidakkah Dia lebih baik dan sesuai, maka pantas untuk dicintai? Rasulullah bersabda: "Tidak sempurna iman seorang hamba hingga ia lebih mencintai Allah daripada mencintai anaknya, orang tuanya dan semua manusia."Siapakah yang dapat menolong kita di akhirat nanti? Kekasih-kekasih kita kah? Tentu tidak. Oleh kerana itu tetaplah tersenyum dan berlapang dada dalam menghadapi cinta ini. Insya-Allah, Allah akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik, kekasih yang suci dan soleh/solehah didunia ini dan syurga di akhirat nanti.Insya-Allah..Amin.

khalida

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 6:17 PM
Wednesday, November 23, 2005
Hatimu Untuk Siapa 
Hatimu Untuk Siapa, Hatiku untuk-Nya, Yang Maha Kuasa Pemilik Jagat Raya, Tauhid untuk Yang Esa, Seagung kasih untuk-Nya, Hatimu Untuk Siapa, Hatiku untuk mereka, Asbab lahirku ke dunia, Dunia fana tidak bermakna, Andai hilang kasih bapa, Alam indah apalah guna, Kasih bonda membawa ke syurga, Hatimu Untuk Siapa, Hatiku untuk dia, Dia daripada-Nya, Penyeri kehidupan seorang manusia, Seindah isim serikandi mulia, Moga baitul terbina membawa bahagia, Abadi ke syurga..

Sunan faqih

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 10:35 AM
Tuesday, July 12, 2005
Kucari cinta abadi dari kekasih sejati 
Mulanya kufikir ini adalah soal memilih. Kerana mereka insya Allah, adalah ikhwan - ikhwan yang soleh. Diri ini mengamati perubahan mereka dan….subhanallah, mereka telah menjadi muslim yang lebih baik dari sebelumnya. Dan diri ini mencintai mereka kerana Allah.

Seorang daripada mereka menaruh harapannya kepadaku. Dia ingin diri ini menjadi calon penghuni Syurga bersamanya menjadi isterinya. Erm, akhirnya kata-kata indah yang selalu kutunggu itu terdengar juga…daripada sahabatku. Sahabat terbaikku, yang sangat mengerti diriku dan aku juga memahami dirinya. Dia seorang muslimin yang baik, yang membuatku sempat berfikir bila suatu hari dia melamarku, maka aku tak akan punya alas an untuk menolaknya. Kerana dia begitu baik.

Namun, pemikiran itu berubah saat seorang ikhwan yang lain datang ke dalam kehidupanku. Dialah yang mengirimkan pesan-pesan singkat dan panggilan tak terjawab. Seseorang yang tak pernah terlintas di benakku, namun akhirnya mengisi ruang khusus di hatiku.

Dia tak pernah memberi keputusan ataupun sebuah janji. Namun, setiap kata darinya menyiratkan bahawa dia begitu mahu rapat denganku. Wallahualam.

Dia seorang yang sopan, yang sangat menghormatiku. Kebaikan akhlak serta keelokan parasnya membuatku berfikir bukanlah wanita seperti aku layak baginya. Dia bagaikan seorang putera. Sikapnya yang sulit kuduga sungguh membuatku berasa bahawa aku hanyalah teman biasa baginya.

Aku menjalin persahabatan dengan kedua-duanya tanpa pengetahuan mereka. Tambahan mereka berdua merupakan sahabat yang sangat rapat.

Banyak ilmu yang kudapat daripada mereka. Merekalah tempat aku bertanya dan meminta nasihat., begitu pula aku bagi mereka.

Menurutku persahabatan ini biasa sahaja, tidak melewati batas norma. Semuanya tentang dakwah. Namun, aku berasa hubungan ini tidak bersih. Kerana tidak ada persahabatan yang tidak melibatkan hati. Dan aku telah menzalimi diriku sendiri.

Aku ingin menjauhkan diri daripada mereka agar aku bias berfikir tenang dan hatiku menjadi bersih. Aku memang ingin menikah. Tapi tidak dalam situasi seperti ini. Aku berfikir bahawa aku harus memilih salah satu antara mereka. Namun, aku hanya menipu diriku sendiri.

Setelah solat istikharah kudirikan dengan doa agar Allah memberiku jalan yang terbaik., ku fikir aku telah mendapatkan jawapannya. Kerana setiap hal yang aku lakukan selalu tertuju padanya, ikhwan ibarat putera itu.

Sungguh aku telah memperdaya akalku dan hatiku telah lalai menempatkan Nya.

Pinangan sahabatku tidak kuterima. Walaupun dapat kubayangkan masa depanku cerah bersamanya. Dia menerima keputusanku dan tersedar bahawa dia telah mensia-siakan waktunya memikirkanku. Dan pada saat yang sama, si putera pun menyatakan keinginannya untuk melepaskan diri dariku. Dia pun tersedar telah mensia-siakan waktunya untukku.

Ya, jalan itu masih panjang….dan mereka pun memilih mencintai sang Kekasih Sejati daripada diriku.

Subhanallah, bagaimana aku tidak semakin mencintai mereka. Dan jelaslah bahawa mereka berhak mendapatkan wanita yang jauh lebih baik daripadaku.

Berat bagiku menghadapi kenyataan bahawa aku telah kehilangan sahabat-sahabat terbaikku. Namun, aku bersyukur mereka meninggalkan aku demi Syurga yang sedia menerima orang-orang yang kembali ke jalan Nya

Dan ke sanalah pula aku akan menuju. Inilah jawapan istikharahku.

Kembali kepada Allah, yang akan selalu ada untukku. Yang tak akan pernah meninggalkanku. Yang selalu mengetahui keperluanku dan menyediakannya. Yang selalu mendengar keinginanku dan mengabulkannya. Yang selalu mendengar keluh kesahku dan membantuku mengatasinya. Yang selalu cemburu bila aku melupakan Nya walau sekejap mata. Ya, dialah Sang Kekasih Sejati yang kusedari cinta Nya meliputi seluruh alam untukku.

Tentang jodoh, aku tak akan rungsingkannya lagi. Seperti halnya takdir lahir dan takdir mati. Tak akan mengundur atau ke depan sedetikpun. Aku yakin seseorang diluar sana telah diciptakan Allah khusus untukku. Bukankah manusia dicipta berpasang-pasangan.

Mungkin dia adalah salah seorang dari mereka, mungkin juga bukan. Bila mereka bagiku adalah ikhwan yang baik namun tak seorang pun daripada mereka Allah izinkan untuk menikahiku, maka aku yakin Allah telah menyediakan ikhwan yang jauh lebih baik daripada mereka untukku. Kerana aku tahu Allah tak akan pernah mengecewakanku.

Dan kudoakan semoga mereka dikurniakan isteri yang solehah, yang jauh lebih baik daripada yang pernah mereka bayangkan sebelumnya. Kerana Allah tak akan pernah mengecewakan hamba-hamba Nya.



“ Ya Allah aku memohon kepada Mu kecintaan kepada Mu, dan cinta kepada orang-orang yang mencintai Mu, juga kepada amal perbuatan yang akan mendekatkan diriku untuk mencintai Mu.”

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 9:40 AM
Monday, July 04, 2005
CALON SOLEHAH. 
Usai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan orang Arab. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang. Aduh! Dia mengeluh.

Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu. “Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim percutianku sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Yarmouk ini, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Tok Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH. “Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,” “ Hafiz, kamu tidak mahu berkahwin ker?” eh, tetiba pula Tok Ayah mengutarakan soalan cepu mas ini.

Pengajian memang sudah tamat namun hajat di hati ingin menyambung ke peringkat sarjana masih segar. “Bukan tak berkeinginan Tok Ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh. “Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Hafiz..alamat, sampai Tok Ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..” “ Susahlah Tok Ayah…yang sipi-sipi ada la jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku. Tok Ayah hanya menggeleng.

Pertemuan dengan Raihanah berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Tok Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar Tok Ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihanah. Dia kurang mengenali siapa Raihanah. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihanah adalah anak abangnya yang tinggal di Kedah. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya. manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik baju t-shirt labuh paras lutut dan bertangan panjang itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat!

Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini. “calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila Tok Ayah menyatakan mengenai topic tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian. “Raihanah ada sebarang pendapat?” soal tok ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu. “sekadar pendapat tok ayah…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa saya ada satu tips,”riuh seketika. “sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu.

Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah. “nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh. Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu. “tapi, ada jaminan ker kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda berani untuk mengutarakan soalan. “Bergantung pada diri kita sebenarnya.

Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insyaAllah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.” Raihanah melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum. “ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata, macam DEB. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,” “Kenapa pulak?” Tanya Tok Ayah. Eh, Tok ayah pun mengambil bahagian juga? “bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”

Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihanah. Tok Ayah juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini. “hafiz, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata Syahid sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya. Senyuman yang berbunga di bibir Syahid seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya, Raihanah.. calon pilihan Tok Ayah, dan juga hatinya yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah.


Syukur Ya Allah.

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 9:43 AM
Monday, June 06, 2005
‘ Bengkok’nya Perempuan….. 
‘ Bengkok’nya Perempuan…..

“ Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah nak merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut – lembut, cakap baik – baik….hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi – menjadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi.”

“ Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad ? Siapa yang buat hal kali ni ?”
“ Staf saya si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu.”

“ Entah – entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion.”

“ Alaaah….orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok ? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah.”

“ Jangan cakap macam tu Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu.”

“ Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan ? Apa yang tak kena pulak, Naim?”

“ Maksud saya begini. Menafsirkan Hadis itu seolah – olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang “ disadvantaged “ atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah – olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertakwa. Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara – perkara yang tidak baik.

“ Buktinya apabila Rasulullah s.a.w, datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap “ golongan yang tak berguna “ kepada “ sayap kiri “ kepada masyarakat. Baginda ada memberikan tugas – tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.

“ Tapi memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak melayan dia.”

“ Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan sahaja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk dan cara “ protes ” tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman yang lemah, bukan sebab jantina.

“ Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan lemah lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah – marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah – entah waktu itu kita lebih ‘ bengkok ‘ daripada mereka !”

“ Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje.”

“ Aku bukannya nak bela sesiapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu.”

“ Apa maksud sebenar Hadis itu.”

“ Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi seebnarnya adlaah satu “ penyempurnaan .” Sepertimana juga usus manusia yang berlipat – lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat ‘ pelindung .’ Ia melindungi organ – organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru – paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu.”

“ Oh begitu. Jadi bila Nabi katakana yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?”

“ Begitulah. Selain itu, maksud ‘ tulang rusuk yang bengkok ‘ itu ialah sifat ‘ rahmah .’ Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat – sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak – anaknya dengan berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja – kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan.

“ Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu, jangan cuba buang sifat “ bengkok “ ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas – tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ –organ yang penting tadi tidak akan selamat.

“ Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkan betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar.”

“ Hmm, betul tu Naim.”

“ Sebenarnya tiada siapa yang ‘ bengkok ‘ mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat - sifat yang terkeji di dalam diirnya pun akan menjadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya.”

“ Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah -marah dan tidak sabar.

“ Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih ‘ bengkok ‘ daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah lebih ‘ bengkok ‘ daripada semua orang lain.


Kisah ini dipetik dari risalah Menyingkap Rahsia Insan

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 2:22 PM
Wednesday, April 27, 2005
Aku tidak tahu kenapa, jauh di sudut hati ini, 
Aku tidak tahu kenapa, jauh di sudut hati ini, kupendam suatu perasaan yang begitu sukar untuk kuluah... Aku mengaku, cemburunya hati ini bila melihat Nurul selalu mendapat jambangan bunga! wangian jambangan bunga setiap kali ku mengintai bilik bacaannya, menambahkan rasa cemburu... yang hanya menunggu masa untuk ku muntahkan keluar! Ku lihat Salmi, tidak kurang bezanya! Asyik bergayut dengan handsetnya..hampir siang dan malam!" Ayang tengah makan..Abang dah makan ke"... telingaku bagaikan dah bernanah mendengar ucapan-ucapan romantis mereka berdua...! Nak ku kata tentang Amy, Miza, Ain, Huda... Ahhhhh semuanya sama! Di rumah sewa itu,hanya aku saja yang kesepian... hanya aku saja yang keseorangan! Memang aku akui... cinta sesama manusia, tak ke mana akhirnya! Tetapi apakan dayaku... aku juga seorang wanita yang ingin disayangi, ingin dibelai.. aku juga mahukan kata-kata semangat dari lelaki, setiap kali aku menghadapi saat-saat hampirnya peperiksaan! Aku juga mahu bunga, teddybear... mahu perfume... dan aku juga mahu segalanya yang telah dirasai Amy, Miza Ain, Huda dan.....! Seolah-olah aku ditakdirkan hidup keseorangan... menemani kesepian hatiku yang merayu minta diisi segera dengan kasih lelaki....! Kepada Allah jua aku memohon, jalanNya saja pilihanku! Ya Allah, andainya perasaan ini hanyalah semata-mata nafsu yang tak habis-habis melulu, menggesa...maka kepadaMu kupohon petunjuk...kembalikan hati ini mengingatiMu...hanya Mu! Ramai juga yang menyapaku," tak nak ke rasa, berkawan dengan lelaki..." ...tapi semua soalan-soalan itu.. aku endahkan saja! Umpama masuk telinga kiri... ku keluarkan di telinga kanan!!! Akhirnya aku kalah juga pada ajakan kengkawan... sehinggalah seorang Nurul memperkenalkan aku dengan seorang lelaki si "A" . umur kami sama, dan kami sama-sama pelajar IPT... Entah kanapa hatiku tiba-tiba setuju... di depan Nurul aku mengangguk tunduk... Nurul tersenyum... melihat telatahku! Setelah persetujuan aku dan Si "A" diterima, Nurul Mengatur perbualan telefonku dengan si "A"... Aku tidak memiliki handset sendiri... jadi terpaksalah menggunakan handset milik Nurul untuk sementara! Percayakah kalian, kalau ku kata, itulah kali pertama aku berbual dengan seorang lelaki sepanjang hidupku!Perbualan selama 8 minit itu, kami tamatkan dengan ucapan salam... tak banyak yang kami borak... sekadar menyentuh hal keluarga... dan butir-butir peribadi... itu saja! "Apakah yang telah aku lakukan Ya Allah! Wajarkah aku memperdengarkan suaraku kepada seorang lelaki? Kenapa aku begitu ingin dengan cinta? Selang beberapa hari... perbualan telefon antara aku dan si "A", hatiku merintih hiba... aku ...aku menyesal! Lalu aku membuat keputusan tidak mahu lagi berbual dengan si "A"... aku tidak mahu berkawan dengan lelaki... aku tidak mahu bercinta!" aku mula bertekad... aku yang mulakan semuanya, jadi juga yang perlu hentikannya! Lalu aku istikarah kepada Allah, semalaman aku masih tak dapat jawapan!Masuk 2 hari, 3 hari... Alhamdulillah kini ku dapat melihat gambarannya dengan jelas... Dialah Bakal Suamiku... Pembimbingku Dunia Akhirat! Orangnya tinggi, berjanggut... kulitnya hitam manis... bibirnya tak pernah lekang dengan senyuman! Dia memimpin tanganku menuju suatu tempat yang begitu indah... wangiannya menusuk jiwa dan kalbuku... tempat yang pernah kuimpikan... mungkinkah syurga! Detus hatiku... Selain aku ada dua orang kanak-kanak lelaki memimpin tanganku! Aku hairan dengan mimpi itu! Andai itu jawapan untuk istikarahku... siapa kanak-kanak itu? Mungkinkah anak-anakku? Aku tersenyum gembira dengan mimpuku malam itu...Ya Allah...dimanakah suamiku! Nurul ke bilikku suatu hari... sebelum aku sempat memberitahu padanya keputusanku tidak mahu berkawan dengan si "A"... Dia hulurkan padaku sekeping gambar foto! ...Inilah Si"A"... Dia poskan!" kata Nurul... Ya Allah..! alangkah terkejutnya aku menatap wajah lelaki yang menghiasi gambar foto itu... lelaki itu seperti kukenal... seperti pernah kujumpa sebelum ini... tapi dimana... ingatanku semakin jelas... MasyaAllah dialah lelaki yang hadir dalam mimpiku!Wajahnya,janggutnya... cahaya di wajahnya... Ya Allah!Berkali-kali aku menampar pipiku... ternyata aku bukannya bermimpi... "Ya Allah... Dialah jodohku...! Bermula dari hari itu, aku sering mendoakan kesihatannya, kebahagiaannya, keselamatannya... Kepada Allah swt aku serahkan dan sandarkan segalanya!" Sehingga ke hari ini... ukhwah itu masih terjalin... masuk bulan ni usianya sudah menjangkau 2 tahun...!Dan dengarlah kalian bahawa ku benar-benar hanyut dalam cinta yang diperkenalkannya... kami sering mengutus surat, tapi tak pernah ia didahului dan diakhiri selain kata-kata hikmah Islamiah, selain dari cerita beberapa tokoh Islam...Kami saling tukar info.. dan segala ilmu darinya... kini dah jadi koleksi peribadi... yang masih kutatap sehingga ke hari ini... Kami berbual telefon sekali setiap 2 minggu, tapi jangan salahfaham bukan antara aku dan si "A"... tapi antara ibuku dan ibunya... antara ahli keluargaku dan keluarganya...! Betapa indahnya hubungan yang terjalin ini... Moga ia kekal selamanya... Adab tidur... makan ... dan segalanya masih kuamalkan...! Harijadiku kini juga dipenuhi dengan hadiah,sesuatu yang aku impikan dulu... Tahun pertama,dia hadiahkan aku senaskah Al-Quran, aku membalasnya dengan sehelai sejadah... Tahun kedua diberinya aku buku agama "Isteri Solehah Igauan Suami" ...aku membalasnya dengan senaskah buku agama "Suami Idaman Isteri Solehah"... Tahun ketiga... Harijadiku semakin hampir... dan aku sedang menanti hadiahnya... kerana hadiah darinya begitu berharga... begitu bermakna... malah kupercaya, bukan saja bagiku... tetapi juga bagi semua wanita solehah di luar sana! Dikala aku menyangka lelaki sejati telah pupus di alam maya ini... di kala itulah kau hadir... membuktikan ada lagi Lelaki sejati... Ada lagi Cinta yang diredhai Allah.... Walaupun ramai yang meminati si "A" di IPTnya... Tapi aku yakin..Dia Milikku...! Kerana kuyakin dengan jawapan yang kuperolehi dalam istikharahku... dan aku tidak akan mengalah... aku akan terus berdoa..! "Ya Allah...Andai dirinya tercipta untukku... menjadi milikku... Baik untuk duniaku... untuk akhiratku... untuk agamaku... maka satukanlah kami dunia dan akhirat... Ku pohon restu dan keizinanMu selamanya Ya Allah!" Inilah doaku sejak dirinya ku kenal... dan sehingga hari ini... doa ini masih kupanjatkan... dan sehingga kini jugalah... ukhwah ini masih terbina kukuh... masih utuh... Bila kupohon sesuatu Yang Baik DariNya... Dia Selalu Berikanku... Yang Terbaik!!!





dari email

# oleh - chy_ketenteramanku | jam - 10:25 AM

Powered by Blogger

:: CIT CAT FM ::

:: UNDIAN ::

:: TAHUKAH ANDA? ::

:: ARKIB ::
  • July 2004
  • August 2004
  • September 2004
  • November 2004
  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • March 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • November 2005
  • December 2005
  • June 2006
  • :: SENTUHAN KALAM ::
    "Tanggungjawab itu lebih banyak daripada masa yang ada"
    Hasan al-Banna

    :: SANTAPAN ::
    Utama
    PC Editor
    Fikrah
    Kampus
    Isu Semasa
    Bicara Tokoh
    Kupasan Buku
    Ekonomi
    Bahasa
    Rileks
    Infomasi
    Catatan Usrah
    Slot Motivasi
    Kertas Kerja
    Koleksi Resolusi
    Muhasabah Jiwa
    Lembaran Sirah
    HEWI
    Personaliti
    Doa Amalan
    Sains & Teknologi

    :: INPUT PEMBACA ::
    Fikrah Madani mengalu-alukan sebarang sumbangan karya atau komen daripada pembaca bagi mutu penerbitan kami. Segala karya yang tersiar menjadi hak milik penerbit.

    Hantar ke alamat:
    fikrahmadani@yahoo.com

    Editor Fikrah Madani
    Masjid Sultan Ismail,
    Universiti Teknologi Malaysia,
    81310 Skudai,
    Johor Darul Ta'zim.
    Sila sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon dan jika masih menuntut, nyatakan institusinya.

    :: REDAKSI ::
    Penasihat
    Qandar
    Ketua Editor
    Pak An
    Editor
    Qadahus Nawzi
    Wartawan
    Rasa Oren
    Al-Ayubi
    Wanni
    Teeh
    Izahtul
    Penulis
    Qiadiy Legend
    Escore
    Suhadak
    Ibn Husin
    Pereka Kreatif
    Cireng
    Ajin
    acahmakenon